Thursday 27 August 2015

THE EYE 10

Because too bored, I watched this movie during working hours at the office. 

THE EYE 10 

There are few scenes that I like in this movie.

There's a man who bought a book about how to see ghosts. That book teaches ten different ways to enable humans to see ghosts. The shopkeeper warns him to never open it up to the last page. While he was sleeping, the wind blows the book to the last page and he wakes up to see it and in reality, at the end page is just a price tag that says the book is worth less than what he paid for it.




There's also a scene where he goes with his friends to a crossroad with lots of food to feed the hungry ghosts. They have to tap at bowls with chopsticks so the ghosts who come to eat the food won't see them. Eventually, they panic and tap at the bowls violently and the bowls break. Out of desperation, one of the character begins tapping the chopsticks on his teeth and the ghosts continue eating. 
Whoooo – This is my favorite scene :)



Another scene is where a girl accidentally opens her umbrella in a bus. Later, she sees a head rolling in the bus and it stops at her feet. She panics and the person next to her asked her why she's freaking out. When she looked down, the head turned into a ball.


So here's the link...
THE EYE 10 - HORROR MOVIE (ENG SUB)

Enjoy your Thursday guys.
XOXO --

Friday 21 August 2015

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.
Everything went well.
Thanks to my family, his family and friends.

MAJLIS PERTUNANGAN
MUMTAZUL ILYANI & MOHD SHAHRILNIZAM
8 OGOS 2015 / SABTU





Alhamdulillah.
I'm so happy and syukur Ya Allah.

XOXO --

Wednesday 5 August 2015

PERABOT BILIK TIDUR ~ SURVEY

My parents house baru siap renovate. Yayahoooo. Finally. So bilik baru I memang kosong. Katil, kabinet and almari lama semua dah buang sebab dah kena serangan anai-anai. Dahsyat sangat anai-anai ni walaupun kecil tapi kerosakan yang dia buat tu memang teruk. Habis semua kayu dia makan.

So I kena beli perabot sendiri untuk bilik tidur I. I nak white set furniture sebab nak concept ala-ala modern english, neat but simple. Mula-mula I tak tahu jugak nak beli kat mana suddenly ada seorang hamba Allah ni suggest I survey kat Ikea. Tapi nak pergi Ikea tu untuk survey semua memang tak la kan sebab I mana ada masa. So I pun tengok kat laman web Ikea. Semua perabot ada kat situ termaksuklah product description and its price.

I nak yang basic je seperti katil dan almari. Itu benda pertama yang I cari dulu. Lepas ushar-ushar kat laman web Ikea tu, ada la yang I berkenan dan harga pun ok ngam-ngam denga bajet I. Harus diingat ye sebelum beli apa-apa kita kena tengok bajet kita macam mana. Jangan over bajet pulak. 

1) Katil

Disebabkan I ni tinggi dan kaki I panjang, I kena cari katil yang sesuai. Queen size bed pun  macam ok jugak. Ada 2 jenis rangka katil yang I berkenan dan bertepatan dengan bajet I which are Brusali and Askvoll. Harga tak jauh beza cuma I lebih tertarik dengan Askvoll sebab lebih panjang dan lebih lebar dari Brusali. So I choose Askvoll.


Ada jugak beberapa pilihan lain yang cantik seperti Malm dan lain-lain. Tapi harga dia dah lebih dari bajet I.

2) Almari

Untuk almari, I jumpa yang bertepatan dengan bajet I. Dombas - almari pakaian 3 pintu. Saiz dia tak terlalu besar dan sesuai dengan saiz bilik I.


Tapi tipulah kalau 1 almari ni cukup untuk I kan. So I jumpa lagi satu almari berlaci yang saiz dia lebih kecil. Malm - almari 4 laci yang ketinggian dia separuh dari almari pertama tadi. Harga pun berpatutan.


3) Meja Sisi Katil

Tak lengkaplah kalau takde meja kecil sisi katil kan. Bukan apa, nanti senang nak letak jam loceng, handphone, jam tangan semua. So I pilih Malm - almari berlaci yang saiznya kecil dan sesuai untuk diletakkan di tepi katil. Macam biasa I tengok harga dulu, and harganya berpatutan.


4) Lampu Meja

Lampu meja ni bukanlah wajib pun. But for me memang kena ada lampu ni untuk letak kat tepi katil. Let say kalau terjaga tengah malam sebab apa-apa, senang nak terus on lampu tepi katil. Tak perlu susah-susah nak bangun dari katil and jalan pergi on suis lampu kat dinding kan. So I jumpa Lampan - lampu meja yang memang murah gilaaaaaa RM16.90 je.


Actually bajet I untuk semua perabot bilik ni RM1500. After I kira total harga untuk semua yang I berkenan ni, RM1372.90. Yahooo. Masih lagi tak over bajet! 

Untuk meja solek, I kena tengok kat kedai perabot biasa. Sebab Ikea punya meja solek quite mahal dan tak menepati citarasa I.

XOXO --


TIGA HARI SEBELUM MAJLIS PERTUNANGAN

Doorgift dah beli, so I pun fikir pasal sticker nak tampal kat doorgift tu. Atleast proper la sikit ada sticker kan. Takde lah macam cincai sangat.

Macam biasa, I ushar-ushar lagi kat facebook. Banyak facebook page yang ada jual sticker ni, custom made tau. Boleh letak nama kita dan nama pasangan, tarikh dan gambar. Banyak jugak facebook page best yang I jumpa seperti Doorgift Kawen Murah dan Doorgift Murah. Mostly price range untuk sticker ni yang paling murah RM0.25/per sticker. Cantik-cantik uols. 


Beberapa contoh sticker yang orang selalu buat


Tapi I rasa I nak design sendiri sticker I. Barulah special kan. Dengan segala daya usaha dan kreativiti yang termampu I design sticker sendiri. I buat 2 design lepas tu tunjuk pada bakal tunang I. Dan dia pilih design yang kedua. Dan I print my sticker kat Giant Hypermarket Kelana Jaya. Ala yang selalu stall kecik-kecik tu kan. I print atas sticker gold RM15 untuk 100 keping. So harga untuk sekeping cumalah RM0.15. Jimat.

Design pertama

Design kedua

Then pasal kad jemputan pulak. I sebenarnya taknak pun buat kad ni. Tapi bila I fikir balik, takpelah I buat. And for this card, I buat sendiri jugak. Cari template kat internet, download, insert nama kita dan pasangan after that edit sikit-sikit. I tak print pun kad ni, I bagi soft copy je pada kawan-kawan dan family thru whatsapp. Sekarang kan dah moden, senang and simple. Jimat! Walaupun tak cantik, tapi I berjaya buat sendiri. So inilah hasilnya kad jemputan I…


Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.

XOXO --

Tuesday 4 August 2015

EMPAT HARI SEBELUM MAJLIS PERTUNANGAN

Macam-macam yang I fikirkan untuk majlis pertunangan I ni. I’m so so so excited for this. Yelah umur pun dah tua, memang lah mengelenyor nak bertunang cepat-cepat. So kat sini I nak cerita pasal persediaan majlis pertunangan I.

The first thing yang I fikir is, pelamin and mak andam. I’m lucky sebab my mom ada kawan dengan mak andam, eh yang sebenarnya ‘pak andam’ tau. So my mom pun bawa I jumpa dengan mak andam tu dan bincang jenis pelamin macam mana yg I nak. And I pun pulun la search kat internet. I nak something yang simple tapi cantik. Lepas bincang-bincang mak andam tu bagi harga pakej make up + pelamin RM500. Dan pelamin yang I mintak mak andam tu buatkan lebih kurang macam design ni and mak andam pun setuju.



Second thing, yang ni I paling risau sekali pasal my dress and veil. I pergi Kenanga Mall kat KL dan beli terus kat sana. Purple dress with pink lace RM80. Lepas tu veil pulak. I pun taknak lah membazir sangat beli yang mahal sebab memang nak pakai sekali ni je lepas tu tak pakai dah kan. Lepas ushar-ushar kat facebook I terjumpa page OMOROSE RAUDHAH. Dia jual veil dari brand Raudhah. Lepas pilih punya pilih I pun decided untuk beli Dewi veil -- warna purple plum RM95. Untuk tudung, I beli tudung bawal yang RM10 tu je. Nanti dah cover dengan veil takde la nampak kosong sangat.



Third thing is doorgift. Fuh. Sebenarnya benda ni tak payah pun takpe. Tapi sebab mengenangkan kawan-kawan, sedara mara dan family bakal tunang I datang dari jauh then takkan lah I tak bagi apa-apa pulak. So I pun ushar-ushar kat facebook jugak. Banyak jugak doorgift murah-murah dan menarik. Seperti tasbih dan yassin, cupcakes, cookies in jar, eh macam-macam lah. So I pilih sejadah mini dah siap decoration dengan dolly paper dan reben RM3.20/per sejadah. I beli dari facebook page Sejadah Mini Murah dan Doorgift & DIY Aqimys.


Hope semuanya dipermudah dan diredhai Allah. Amin. 

XOXO --